2008年5月29日星期四

Harijadi Saya

Tiga belas Mei ialah hari jadi saya. Bapa dan emak saya bercadang mengadakan sebuah sambutan hari jadi untuk saya. Saya berasa gembira setelah mendengar cadangan mereka.

Pada waktu pagi, kami pergi ke pasar untuk membeli ikan, ayam dan kuih-muih. Selepas itu, kami pergi ke kedai kek untuk membeli kek lalu, kami pun pulang.

Apabila sampai di rumah, emak memasak ikan dan ayam. Bapa dan adik menghias ruang tamu dengan reben dan belon. Saya membantu emak menghidangkan makanan di meja makan.

Pada pukul lima petang, semua tetamu sudah berkumpul di rumah saya. Mereka memberi hadiah kepada saya. Kami makan makanan selepas menyanyi lagu Hari Jadi. Selepas itu, kami bermain permainan yang menyeronokkan. Pada pukul lapan malam, mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

Saya berasa gembira kerana saya mendapat banyak hadiah.

28/9/07

3 条评论:

娃娃 说...

kenapa tidak mengajak saya oh?
sedihnya...
saya akan belikan hadiah juga wo...

suruh emakmu buatkan kek, tak payah beli!! hehe..

悦沁 说...

哎呀,這些作文都是靠想像力而來的麻,難道全部作文都是真的meh!?

Unknown 说...

不是真的啦,老师又没有讲一定要真的