Kedai Ubat Fui Choon Tong merupakan sebuah kedai ubat tradisional yang ditubuhkan pada tahun 1973 dan telah bersejarah selama 30 tahun pada hari ini.
Encik Woon Harng Yaw ialah pekedai Kedai Ubat Fui Choon Tong generasi ketiga. Menurut Encik Woon, Kedai Ubat Fui Choon Tong diwarisi oleh ibunya. Ibu Encik Woon mempelajari ilmu tentang perubatan tradisional sejak kecil untuk merawat pesakit.
Oleh itu, Encik Woon ingin meneruskan pekerjaan ibunya dan juga megekalkan budaya Cina.
Oleh itu, Encik Woon ingin meneruskan pekerjaan ibunya dan juga megekalkan budaya Cina.
Kedai Ubat Fui Choon Tong menjual sebanyak 1000 jenis ubat tradisional.
Selain itu, kedai ubat ini juga menjual produk penjagaaan kesihatan.Penduduk yang tinggal berhampiran tidak perlu pergi ke tempat yang jauh untuk membeli ubat atau menjumpa tabib kerana Kedai Ubat Fui Choon Tong telah memberi banyak kemudahan kepada mereka.

Perniagaan Kedai Ubat Fui Choon Tong agak baik kerana Encik Woon dan pekerjanya bersikap mesra terhadap setiap pelanggan. Beliau berharap agar perniagaan kedai ubat akan semakin berkembang.